Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » Archive

PENYERAHAN TUGAS GPK HEM

PENYERAHAN TUGAS GPK HEM

AYER HITAM – Bertempat di SK LKTP Ayer Hitam telah berlangsung majlis penyerahan tugas antara GPK yang telah berpindah dengan GPK yang baru melaporkan diri. Dengan adanya penyerahan tugas ini, membolehkan GPK baru dapat menyambung kerja-kerja rutin dan yang masih didalam perancangan sebelum ini. Semoga Cik Nadiah bt Nasir dapat menjalankan tugas  dengan penuh didekasi dan amanah seperti manan yang telah  dipertanggungjawabkan kepada beliau. Tahniah dan syabas.   … Read entire article »

Filed under: BERITA

TAHNIAH ATAS LANTIKAN GPK HEM

TAHNIAH ATAS LANTIKAN GPK HEM

AYER HITAM – Tahniah dan syabas kepada Cik Nadiah bt Nasir  daripada SK Dato’ Syed Zain Alshahab yang telah dilantik sebagai GPK HEM yang baru di SK LKTP Ayer Hitam mulai 19 September 2017. Lantikan beliau ini bagi menggantikan Encik Azrizal yang telah berpindah ke sekolah Ladang Pamol, Kluang. … Read entire article »

Filed under: BERITA

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA HARI KEUSAHAWANAN KOKURIKULUM SKLKTPAH & PIBG 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA HARI KEUSAHAWANAN KOKURIKULUM SKLKTPAH & PIBG 2017

AYER HITAM –  Bertempat di dewan mesyuarat SKLKTP Ayer Hitam telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola hari Keusahawanan Kokurikulum yang dijangkakan akan berlangsung pada 07 Oktober 2017 ( Sabtu). Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mencari dana khususnya untuk melancarkan lagi  aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan pada tahun 2018 nanti .Disamping itu juga untuk merapatkan hubungan antara penduduk kampung & guru dan staf sokongan SK LKTP Ayer Hitam. Segala jual beli barang semuanya didalam bentuk … Read entire article »

Filed under: KOKURIKULUM

PROGRAM CINTA NEGARA SEHATI SEJIWA

PROGRAM CINTA NEGARA SEHATI SEJIWA

AYER HITAM – Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Ayer Hitam, akan berlangsung Program Cinta Negara Sehati Sejiwa yang dianjurkan bersama Jabatan Penerangan Malaysia, JKKK Felda Ayer Hitam, Kolej Komuniti Kluang .Dikesempatan ini para pelajar  Tahun 4 & 5 SK LKTP Ayer Hitam akan turut serta didalam aktiviti Senamrobik itu nanti. Usaha dan kerjasama dalam memastikan sukan sebagai perpaduan antara sekolah dan komuniti dapat memberikan dorongan semangat kepada setiap insan terutamanya murid SK LKTP Ayer Hitam. Diharapkan … Read entire article »

Filed under: BERITA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

AYER HITAM – Negaraku Sehati Sejiwa merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Untuk sepanjang bulan kemerdekaan ini Sekolah Kebangsaan LKTP Ayer Hitam telah merangka program bagi memeriahkan lagi sambutan peringkat sekolah. Diantara program-program yang akan dijalankan ialah : Pelancaran Bulan Kemerdekaan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik ( diperdengarkan lagu semasa waktu rehat) Pertandingan Mewarna Tahap 1 Pertandingan Kuiz Patriotik Tahap1 dan Tahap 2 Pertandingan Koir lagu Patriotik Merdeka FROG VLE Pertandingan Melukis Poster Tahun 4 dan 5 Pertandingan Mendeklimasikan Sajak POEM – Tahap 2 Pertandingan Syair … Read entire article »

Filed under: BERITA

BIMBINGAN SARINGAN LINUS 2.0 LISAN

BIMBINGAN SARINGAN LINUS 2.0 LISAN

AYER HITAM – Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran Encik Mohd Faeiz bin Sanusi – Pegawai FasiLINUS PPD Kluang . Kehadiran beliau adalah untuk membimbing saringan LINUS 2.0 yang sedang berlangsung sekarang. Terima kasih juga kepada Cikgu Haslinawaty yang telah dapat menjalankan saringan tersebut yang sepertimana yang ditaklimatkan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan samping memberi bimbingan murid lain didalam menguasai Literasi Bahasa Inggeris dengan baik. Dikesempatan ini juga beliau sempat untuk memberi sedikit motivasi kepada para … Read entire article »

Filed under: LINUS

BERBUDI PADA TANAH

BERBUDI PADA TANAH

AYER HITAM – Terima kasih kepada  Pengerusi PIBG sekolah En. Noor Azam bin Wok , atas berkat usahanya dengan projek tanaman serai wangi telah mengeluarkan hasil yang pertama. Walaupun tidaklah selumayan tetapi usaha-usaha sebegini harus diteruskan untuk masa akan datang. InshaAllah langkah seterusnya akan diberi perhatian lagi dan berkemungkinan tanaman kali ini akan lebih hebat dan luas dari yang sebelumnya. Tahniah kepada mereka yang menjayakan tanaman serai wangi ini.     … Read entire article »

Filed under: BERITA

PERMOHONAN MENYERTAI SEBUT HARGA MENGUSAHAKAN KANTIN SKLKTP

PERMOHONAN MENYERTAI SEBUT HARGA MENGUSAHAKAN KANTIN SKLKTP

AYER HITAM – Dimaklumkan bahawa permohonan menyertai sebut harga untuk mengusahakan kantin SKLKTP Ayer Hitam bermulai 1.12.2017 hingga 30.11.2019 ( 2 tahun) adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mempunyai kelayakan. Borang dan syarat permohonan boleh didapati dari pejabat SKLKTP mulai 13hb – 30hb.8.2017. Tarikh tutup menghantar borang sebut harga ialah pada 10 Sept 2017 sebelum jam 12.00 tengahari.   … Read entire article »

Filed under: BERITA