Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

KLUANG – Rakyat Malaysia kini berdepan masalah kegemukan apabila 60 peratus daripada 30 juta penduduk negara ini mengalami masalah itu dengan 29 peratus mengalami masalah obesiti, manakala selebihnya mempunyai berat badan berlebihan. Masalah ini tidak wajar dipandang ringan kerana  ini akan mengundang kedatangan penyakit kronik yang tidak berjangkit. Dengan yang demikian amatlah wajar jika langkah-langkah pencegahan awal diperkenalkan sejak di bangku persekolahan lagi, seiring dengan itu bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kluang telah berusaha lebih awal … Read entire article »

Filed under: BERITA

PRA AUDIT 2015

PRA AUDIT 2015

KLUANG – Bertempat di Dewan Semarak PPD Kluang berlangsung pra audit 2015, untuk sekolah-sekolah Daerah Kluang . Hari ini giliran  SK LKTP Ayer Hitam untuk diaudit.  Dengan adanya pra audit ini sedikit sebanyak dapat membantu sekolah didalam urusan  pengaudit sebenarnya yang akan dibuat oleh audit negeri. Alhamdulillah dapatan dari auditer tidak ada kesilapan yang major berkaitan dengan kewangan sekolah SK LKTP Ayer Hitam ini, tindakan pembetulan akan dilakukan kemudian. … Read entire article »

Filed under: BERITA

SEKOLAH DI NEGERI JOHOR PERLU DITUTUP PADA 30 SEPTEMBER 2015 ( RABU)

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 29 September 2015 mendapati keadaan Jerebu di negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam. … Read entire article »

Filed under: BERITA

FORMAT BARU UPSR 2016

FORMAT BARU UPSR 2016

PUTRAJAYA – Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Pemahaman dan Penulisan, sekali gus menjadikan mata pelajaran itu mempunyai dua gred berasingan. Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Datin Nawal Salleh berkata, rombakan itu merupakan format baharu yang diperkenalkan LPM melibatkan murid di semua aliran iaitu sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil. … Read entire article »

Filed under: BERITA

MAKLUMAN TERKINI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015

MAKLUMAN TERKINI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015

Kepada Pengetua Dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Kluang Tuan MAKLUMAN TERKINI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015 … Read entire article »

Filed under: BERITA

PROGRAM MAJLIS SUAI KENAL PENGURUS BESAR FELDA WILAYAH SEGAMAT & JABATAN PENDIDIKAN N. JOHOR

PROGRAM MAJLIS SUAI KENAL  PENGURUS BESAR FELDA WILAYAH SEGAMAT & JABATAN PENDIDIKAN N. JOHOR

BELITONG – Bertempat di SMK Belitong telah berlangsung Majlis Suai Kenal Pengurus Besar Felda Wilayah Segamat bersama JPNJ, Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Felda Negeri Johor. Program suai kenal ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan mesra diantara FELDA dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor agar program yang dirancang seiring dengan Aspirasi Pendidikan Nasional. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penolong pengarah Unit Teknologi Vokasional Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu Encik Sahibul Bahrin bin Ahmad … Read entire article »

Filed under: BERITA

PENGAUDITAN 2014

PENGAUDITAN 2014

KLUANG – Audit dan pengauditan adalah perkara penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Setiap organisasi tidak akan terlepas daripada pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan melibatkan akauntabiliti yang amat diperlukan. Justeru itu audit dan pengauditan amat penting dalam mengekalkan akauntabiliti.Laporan audit yang berkualiti dapat meningkatkan akauntabiliti awam bagi mencapai kecemerlangan pengurusan kewangan. Di peringkat sekolah , pengauditan menjurus kepada kewangan yang melibatkan sumber kewangan kerajaan. Sumber Wang Kerajaan lebih dititikberatkan berbanding dengan sumber kewangan yang lain. Hari ini telah … Read entire article »

Filed under: BERITA

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM SEKOLAH MENENGAH

KLUANG- Alhamdulillah Program Melangkah Ke Sekolah Menengah telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara aktiviti pelajar Tahun 6 selepas pepriksaan UPSR diteruskan lagi dengan ceramah telah disampaikan oleh Guru Kaunselor  SMK Sri Lalang Kluang, En. Mohd. Azan bin Mohd. Noor dan En. Mohd. Noor bin Ashari. Semoga maklumat yang diperolehi akan dapat digunakan oleh murid-murid Tahun 6 yang akan melangkah ke sekolah menengah tahun hadapan.   … Read entire article »

Filed under: BERITA

PROGRAM CERAMAH AWAL REMAJA DAN SAYA BENCI ZINA

PROGRAM CERAMAH AWAL REMAJA DAN SAYA BENCI ZINA

KLUANG – Alhamdulillah Program Ceramah Awal Remaja dan Program Saya Benci Zina telah berjaya dilaksana dengan cemerlang. Program-program ini adalah sub-sub program yang terdapat dalam Program Selepas UPSR. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Ceramah Awal Remaja telah disampaikan oleh Dr. Asyila dari Klinik Kesihatan Mengkibol. Pelbagai perkara yang telah dikongsikan terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan perkembangan diri murid secara sihat. Semoga para peserta dapat manfaatkan maklumat yang dikongsikan. Manakala Program Saya … Read entire article »

Filed under: BERITA

PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN (KWAMP)

PENYAMPAIAN  BANTUAN KEWANGAN (KWAMP)

AYER HITAM – Penyampaian bantuan kewangan ( KWAMP) telah berlangsung di bilik mesyuarat SK LKTP Ayer Hitam. Seramai 32 orang ibu bapa penjaga murid SK LKTP Ayer Hitam telah hadir untuk menerima sumbangan tersebut  .Bagi pihak sekolah ingin mohon kemaafan atas kelewatan pemberian wang bantuan tersebut yang sepatutnya telah diserahkan pada 2 minggu lepas, disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku di bank CIMB, Kluang. Kepada para ibu bapa penjaga yang masih belum berkesempatan mengambil wang … Read entire article »

Filed under: BERITA