Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA

HARI INOVASI PPD KLUANG

HARI INOVASI PPD KLUANG

KLUANG – Perkhidmatan awam pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran kompleks selari dengan arus perubahan sosial dan ekonomi dunia.Kehendak dan cabaran ekspektasi pelanggan juga semakin meningkat dan menuntut tindakan responsif dan proaktif dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan dengan itu, sistem penyampaian Perkhidmatan Awam perlulah bergerak ke arah inovatif dan berdaya saing supaya ekspektasi dan keperluan pelanggan dapat dipenuhi dengan baik dan melangkaui kehendak dan harapan mereka. Pelaksanaan Majlis Anugerah Inovasi Pejabat Pendidikan Daerah Kluang adalah merupakan salah satu … Read entire article »

Filed under: BERITA

LAWATAN UNIT PEMBANGUNAN PPD KLUANG

LAWATAN UNIT PEMBANGUNAN PPD KLUANG

AYER HITAM – Kerajaan membayar jutaan ringgit  kepada pihak Kawalan keselamatan yang ada disetiap sekolah. Bagi mengelakan perkara perkara yang tidak diingini berlaku, pemantauan yang berterusan  perlu dijalankan  sama ada dari kalangan pentadbir sekolah atau pengurusan PPD disetiap daerah masing-masing. Untuk  tujuan itu, pada hari SK LKTP Ayer Hitam telah dilawati oleh Encik Zainudin dan Encik Hafizam selaku PPD Pembangunan dan Aset. Melalui lawatan yang dijalankan ini,membolehkan mereka menilai sendiri bagaimana pengawal keselamatan ini berkerja dan … Read entire article »

Filed under: BERITA

MOTIVASI PELAJAR PASTINYA BERSAMA KG MASTERMIND RESOURCES

MOTIVASI PELAJAR PASTINYA BERSAMA KG MASTERMIND RESOURCES

AYER HITAM – Untuk memastikan SK LKTP Ayer Hitam terus cemerlang lagi, sesi perbincangan awal bersama KG MASTERMIND RESOURCES yang diketuai oleh Encik Mohd Zamri bin Rasip telah berlangsung didalam suasana yang amat memberangsangkan. Perbincangan tersebut berkisar kepada kemenjadian pelajar sekolah yang akan menghadiri seminar NLP PELEDAK POTENSI DIRI. Walaupun kekangan masa yang begitu mencemburui kami berbincang, akhirnya kata sepakat telah dicapai untuk merangka sesi pertemuan dan kelangsungan seminar tersebut. Encik Mohd Azam bin Wok selaku … Read entire article »

Filed under: BERITA

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

AYER HITAM – Peperiksaan UPSR dijangkakan akan berlangsung pada 11-14 hb September 2017 ini. Masa yang tinggal 9 bulan ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya. Langkah awal sekolah ialah dengan membuat perjumpaan bersama ibubapa, penjaga pelajar tahun 6 yang telah dijalankan pada hari ini.Melalui perjumpaan ini , pihak sekolah telah menjelaskan perkara-perkara yang sepatutnya ibubapa tahu tentang anak-anak mereka. Peranan ibubapa dan penjaga ialah perlu memantau dan menyelia anak-anak mereka dirumah terutamanya dibidang akademik serta perkara yang berkaitan. … Read entire article »

Filed under: BERITA

LAWATAN PEGAWAI PPD KLUANG SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2017

LAWATAN PEGAWAI PPD KLUANG SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2017

KLUANG – Bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan kali ini, SK LKTP Ayer Hitam turut dilawati oleh bapa angkat sekolah, iaitu Tuan Hj.Jaafar bin Maamon,  Didalam sesi pertemuan yang berlangsung yang disertai oleh semua GPK , beliau menjelaskan perkara-perkara yang sepatutnya sekolah perlu lakukan dan Alhamdulillah apa yang beliau kehendaki semuanya telah dapat disempurnakan dengan baik. Beliau mengingatkan agar pentadbir sekolah tidak lalai dan mengingatkan semua guru-guru agar terus mendidik pelajar dengan sempurna   seiring dengan … Read entire article »

Filed under: BERITA

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

AYER HITAM – Setelah sekian lamanya bercuti, kini tiba masanya untuk menyambung semula sesi persekolahan yang baru.Dengan semangat yang membara serta azam yang baru, kelihatan para pelajar SK LKTP Ayer Hitam begitu bersemangat untuk menuntut ilmu demi untuk kelangsungan pendidikan yang akan membawa perubahan diri pada masa akan datang. Kelihatan digambar pengerusi PIBG , Encik Azam bin Wok turut menyambut kehadiran pelajar ke sekolah untuk sesi 2017 ini. … Read entire article »

Filed under: BERITA

JAMUAN AKHIR TAHUN 2016 DAN MAJLIS PERPISAHAN PN ZALILA

JAMUAN AKHIR TAHUN 2016 DAN MAJLIS PERPISAHAN PN ZALILA

KLUANG- Bertempat di Tappers Cafe, Kluang, telah berlangsung Jamuan Akhir Tahun 2016 dan Majlis Perpisahan Pn Zalila yang dianjurkan BERKAT, SK LKTP Ayer Hitam, dengan kehadiran guru dan staf sekolah seramai 31 orang . Ini merupakan majlis pertama yang diadakan di Tappers Cafe. Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Zalila yang telah menyumbang bakti di sekolah ini selama lebih daripada 10 tahun. Semoga perpindahan beliau ke sekolah baru akan lebih cemerlang untuk masa … Read entire article »

Filed under: BERITA

SEMINAR AMALAN TERBAIK PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH PERINGKAT N.JOHOR 2016

SEMINAR AMALAN TERBAIK PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH PERINGKAT N.JOHOR 2016

JOHOR BAHRU – Bertempat di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah berlangsung Seminar Amalan Terbaik Program Peningkatan Prestasi Sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 2016.Seminar ini telah dihadiri oleh guru besar dan guru penolong kanan  disetiap sekolah yang mewakili daerah masing-masing. Didalam Ucapan perasmian pembukaan oleh Tn.Hj.Shaharudin bin Sharif – Pengarah Pendidikan Johor mengingatkan kepada semua peserta agar amalan-amalan terbaik didalam seminar ini dijadikan suatu penanda aras bila kembalinya kesekolah nanti.   … Read entire article »

Filed under: BERITA

MEMBUDAYAKAN MAJLIS YAASIN

MEMBUDAYAKAN MAJLIS YAASIN

AYER HITAM – Terima kasih kepada Ustaz Yusof & Ust Solehen yang telah memimpin semua pelajar dimajlis bacaan Yaasin yang diadakan didewan SKLKTP sebentar tadi. Dikesempatan ini juga bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan takziah untuk Cikgu Zakiah yang telah kehilangan abang tercinta, juga Cikgu Sazlina telah kehilangan ayah yang tersayang semoga arwah mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Buat Cikgu Ramimah agar terus bersabar dan didoakan agar abang beliau segera sembuh dari penyakit yang dialaminya. … Read entire article »

Filed under: BERITA

LAWATAN PIBG SKLKTP KE SMK SERI LALANG

LAWATAN PIBG SKLKTP KE SMK SERI LALANG

AYER HITAM – Tahniah kepada SMK Seri Lalang , yang pernah memenangi Ikon PIBK Peringkat Kebangsaan. Berdasarkan kejayaan yang telah dicapai itu, PIBG SK LKTP Ayer Hitam  merasakan ada sesuatu yang perlu dilihat dan dipelajari dengan pencapaian mereka. Untuk tujuan ini AJK PIBG SK LKTP Ayer Hitam telah sebulat suara untuk bersama-sama membuat lawatan penanda aras atas kejayaan yang telah dicapai itu. Melalui penjelasan yang diberikan secara terperinci oleh Tn. Hj.Monsharif bin Kahar – selaku … Read entire article »

Filed under: BERITA