Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA

CERAMAH KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA 2016

CERAMAH KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA 2016

AYER HITAM – Bertempat di dewan  SKLKTP Ayer Hitam sedang berlangsung ceramah yang dianjurkan  oleh Persatuan – Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA) .Ceramah yang bertajuk Program Celik Kewangan ini telah disertai oleh semua murid-murid tahun 4 dan 5 sahaja. Menurut Pegawai Komunikasi FOMCA iaitu Encik Zarid dan Encik Amsyar , ceramah ini melibatkan pelbagai organisasi  seperti KPDNKK , Allianz Insurance juga sukarelawan lain. Pendedahan yang tepat dan jelas mengenai pengurusan kewangan  amatlah perlu kepada para … Read entire article »

Filed under: BERITA

AKTIVITI DISEPANJANG BULAN RAMADHAN

AKTIVITI  DISEPANJANG BULAN RAMADHAN

AYER HITAM –  Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah SWT untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketakwaan yang dijanjikannya. Amalan sunat seperti solat terawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, sedekah dan seumpamanya digalakkan untuk dilaksanakan. Oleh itu, pelbagai aktiviti keagamaan perlu dijalankan sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah. Setelah majlis pelancaran program Ihya Ramadhan yang lepas, aktiviti sepanjang bulan Ramadhan diteruskan lagi iaitu :  Tadarus Al-Quran ( … Read entire article »

Filed under: BERITA

AKTIVITI PANITIA AGAMA ISLAM

AKTIVITI PANITIA AGAMA ISLAM

 AYER HITAM – Sepertimana didalam perancangan yang diputuskan pada hari ini dijalankan pertandingan mencipta Kad Hari Raya. Pertandingan ini melibatkan tahap 1 dan tahap 2. kad Raya yang telah dicipta akan diposkan kepada keluarga  masing-masing, dengan tujuan memperingati jasa baik kedua ibu bapa pelajar  yang telah melahirkan dan mendidik mereka. … Read entire article »

Filed under: BERITA

HARI TERBUKA SEKOLAH DAN TAKLIMAT HEADCOUNT IBU BAPA MURID UPSR 2016

Kepada semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid SK LKTP Ayer Hitam. Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Dimaklumkan bahawa Hari Terbuka Sekolah dan Taklimat Headcount untuk Ibu Bapa dan Penjaga murid UPSR akan berlangsung seperti ketetapan berikut : Tarikh : 19 Jun 2016 ( Ahad) Masa : Mulai jam 8.00 pagi Tempat : Tahun 1 hingga 5 dikelas anak masing-masing, Tahun 6 di dewan sekolah. Sehubungan itu tuan/puan diminta hadir ke sekolah untuk mendapat maklumat prestasi pembelajaran anak masing-masing Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. … Read entire article »

Filed under: BERITA

AGIHAN NETBOOK 1 MALAYSIA BAGI FASA 5 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

AYER HITAM – Bagi pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih  kepada  Datin Hjh Che Normadiah binti Hj Che Abbas – KPP BTPNJ  juga kepada semua urusetia yang terlibat kerana telah meluluskan permohonan Netbook 1 Malaysia sebanyak 20 unit kepada SK LKTP Ayer Hitam. Kepercayaan yang diberikan ini , pihak sekolah akan menggunakan sebaik-baiknya Netbook 1 Malaysia khususnya diwaktu pengajaran dan pembelajaran disamping peningkatan penggunaan Frog VLE sekolah. … Read entire article »

Filed under: BERITA

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PPD KLUANG

KLUANG – Memeriahkan lagi kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, PPD Kluang telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pengetua dan guru besar , M4P serta staf sokongan sekolah-sekolah Daerah Kluang. Alhamdulillah setelah selesai majlis berbuka puasa dan solat Maghrib , majlis diteruskan dengan solat hajat sempena peperiksaan umum iaitu UPSR,PT3, SPM dan STPM . Dimajlis  juga sumbangan sempena bulan Ramadhan telah disampaikan oleh Tuan PPD setelah selesainya solat Isyak dan solat sunat Terawikh kepada sekolah-sekolah yang terlibat . … Read entire article »

Filed under: BERITA

LAWATAN KERJA PEN.PPD PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

AYER HITAM – Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran Encik Zainuddin bin Md.Ramlan atas kesudian beliau untuk pemantauan berkaitan hal ehwal  murid  SK LKTP Ayer Hitam , bersempena lantikan GPK HEM yang baru iaitu Encik Azrizal. Dikesempatan ini beliau telah menjelaskan perkara-perkara rutin yang perlu diambil tindakan dari masa ke semasa oleh GPK HEM. Terima kasih atas keperhatinan beliau dan saranan yang diberikan demi untuk kepentingan dan kemajuan sekolah. … Read entire article »

Filed under: BERITA

MESYUARAT PENGURUSAN MGB JOHOR Bil 3 2016

PASIR GUDANG – Bertempat di SK Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Pasir Gudang telah berlangsung mesyuarat Pengurusan MGB Johor. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi MGB Johor – Tn.Hj.Mas’ood bin Idris . Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua EXCO yang hadir pada hari ini, walaupun kekangan yang timbul ekoran perubahan tarikh yang sepatutnya berlangsung. Intipati besar mesyuarat pada hari ini ialah tumpuan kepada Konvensyen yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Beliau menyampaikan beberapa maklumat mengenai beberapa maklumat didalam mesyuarat Jawatakuasa Kurikulum Kebangsaan JKK Bil 1/2016 yang dipengerusikan oleh Dato Seri Dr. Khair bi Mohamad Yusuf KPPM . … Read entire article »

Filed under: BERITA