Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA » PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

AYER HITAM – Peperiksaan UPSR dijangkakan akan berlangsung pada 11-14 hb September 2017 ini. Masa yang tinggal 9 bulan ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya. Langkah awal sekolah ialah dengan membuat perjumpaan bersama ibubapa, penjaga pelajar tahun 6 yang telah dijalankan pada hari ini.Melalui perjumpaan ini , pihak sekolah telah menjelaskan perkara-perkara yang sepatutnya ibubapa tahu tentang anak-anak mereka.

Peranan ibubapa dan penjaga ialah perlu memantau dan menyelia anak-anak mereka dirumah terutamanya dibidang akademik serta perkara yang berkaitan. Pihak sekolah mengharapkan ibubapa membimbing anak-anak yang menghadapi masalah akademik dan sahsiah bila berada di rumah masing-masing.

Ibubapa dan penjaga perlu dan sentiasa berganding bahu bersama pengurusan sekolah dan guru-guru dan sentiasa memberi semangat juang yang tinggi kepada anak-anak mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan jangan mudah berputus asa.

193 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Filed under: BERITA · Tags:

Comments are closed.