Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA » MOTIVASI PELAJAR PASTINYA BERSAMA KG MASTERMIND RESOURCES

MOTIVASI PELAJAR PASTINYA BERSAMA KG MASTERMIND RESOURCES

AYER HITAM – Untuk memastikan SK LKTP Ayer Hitam terus cemerlang lagi, sesi perbincangan awal bersama KG MASTERMIND RESOURCES yang diketuai oleh Encik Mohd Zamri bin Rasip telah berlangsung didalam suasana yang amat memberangsangkan. Perbincangan tersebut berkisar kepada kemenjadian pelajar sekolah yang akan menghadiri seminar NLP PELEDAK POTENSI DIRI. Walaupun kekangan masa yang begitu mencemburui kami berbincang, akhirnya kata sepakat telah dicapai untuk merangka sesi pertemuan dan kelangsungan seminar tersebut.

Encik Mohd Azam bin Wok selaku pengerusi PIBG SK LKTP Ayer Hitam , mengharapkan agar para pelajar didedahkan perkara-perkara yang membolehkan mereka terus cemerlang.Oleh yang demikian beliau pada hari ini berkesanggupan untuk bertemu dan berbincang bersama  En. Mohd Zamri selaku pengurus program tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan seminar tersebut. Melalui persepakatan perbincangan tersebut telah diatur untuk mengadakan program yang dikira agar besar juga cabarannya, dan akan berlangsung tidak lama lagi.

sedikit info tentang NLP PELEDAK POTENSI DIRI

  • Apa itu NLP ( Neuro Linguistic Programming)
  • Bagaimana NLP membantu diri
  • Triplet 3A ( Access ,Amplify,Anchor) Terokai, kembangkan serta sauhkan….
  • Bulatan Kecemerlangan – merupakan corak membina keadaan diri atau emosi yang positif
  • Meledak Potensi diri : Prinsip NLP, Sistem kepercayaan diri,Pasak Minda, Menjana Perlakuan baru
  • Tranformasi diri : sistem representasi diri, Profil sistem representasi diri, Kue Akses mata, Corak SWISH, Posisi persepsi diri,melakar destini diri, inkantasi…

 

Semua nya ado di Program yang dijalankan oleh  KG MASTERMIND RESOURCES

untuk keterangan lanjut :

Mohd Zamri bin Md Rasip @ Ayah Ngah
KG MASTERMIND RESOURCES
Certified NLP Practitioner ( NFNLP)
Certified Trainer NLP For Students
Certified NLP Coach
019-2484952

 

 

” BERFIKIR DILUAR KOTAK, BERTINDAK DI LUAR KEBIASAAN”

Kelihatan di gambar dari kiri ialah : En.Mohd Zamri, Encik Azman, Encik Talib, Encik Azam dan Encik Hanif

 

288 : Telah Melihat 2 : Sedang Online Sekarang

Filed under: BERITA · Tags:

Comments are closed.