Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA » HARI INOVASI PPD KLUANG

HARI INOVASI PPD KLUANG

KLUANG –¬†Perkhidmatan awam pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran kompleks selari dengan arus perubahan sosial dan ekonomi dunia.Kehendak dan cabaran ekspektasi pelanggan juga semakin meningkat dan menuntut tindakan responsif dan proaktif dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan dengan itu, sistem penyampaian Perkhidmatan Awam perlulah bergerak ke arah inovatif dan berdaya saing supaya ekspektasi dan keperluan pelanggan dapat dipenuhi dengan baik dan melangkaui kehendak dan harapan mereka.

Pelaksanaan Majlis Anugerah Inovasi Pejabat Pendidikan Daerah Kluang adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan budaya inovasi dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam. Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan Warga PPD Kluang dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD Kluang ke arah penghasilan himpunan inovasi terbaik untuk perkongsian bersama.

Alhamdulillah SK LKTP Ayer Hitam pada kali ini hanya mendapat 2 anugerah, namun kejayaan sekolah-sekolah lain akan membakar semangat untuk kejayaan pada masa akan datang.

169 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Written by

Mula menjalankan tugas sebagai guru besar di SK LKTP Ayer Hitam pada 24/3/2015. Membangunkan laman web sekolah selaku ADMIN . Adanya laman web ini membolehkan warga sekolah dan juga masyarakat umum mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah atau berita mengenai pendidikan akan disebarkan dari masa ke semasa untuk tatapan bersama.

Filed under: BERITA · Tags:

Comments are closed.