Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA » DIALOG PRESTASI PPD KLUANG BIL 1/2017

DIALOG PRESTASI PPD KLUANG BIL 1/2017

KLUANG – Bertempat di di Dewan SEMARAK Pejabat Pendidikan Kluang telah berlangsung dialog prestasi bilangan 1/2017. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Hj.Shahrudin Basri bin Ibrahim menjelaskan agar semua guru besar sentiasa meneruskan agenda PPPM didalam memacu sistem, untuk kecemerlangan pendidikan Daerah Kluang.

KPI kehadiran murid mesti melepasi 94% dan perlu dipastikan setiap bulan kehadiran didalam keadaan yang terkawal. Melalui perjumpaan bersama pengarah tempoh hari mengenai karator murid Johor telah mencapai KPI 100 %. Mohon kepada guru besar untuk menjelaskan KPI PPD dan juga KPI sekolah agar menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah. Mohon kerjasama kepada pentadbir mengenai kehadiran dan waktu balik mengikut waktu yang sepatutnya.

Laporan mengenai HEM disampaikan oleh Encik Zainudin menjelaskan untuk Daerah Kluang peratus keseluruhan ialah 93% . Berkaitan pengisian  APDM, ada kalangan sekolah tidak mengisi dengan sempurna. Pastikan pentadbir sentiasa waspada dan bertanggungjawab didalam pengisian APDM.

108 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Written by

Mula menjalankan tugas sebagai guru besar di SK LKTP Ayer Hitam pada 24/3/2015. Membangunkan laman web sekolah selaku ADMIN . Adanya laman web ini membolehkan warga sekolah dan juga masyarakat umum mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah atau berita mengenai pendidikan akan disebarkan dari masa ke semasa untuk tatapan bersama.

Filed under: BERITA · Tags:

Comments are closed.