Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » LINUS » BIMBINGAN SARINGAN LINUS 2.0 LISAN

BIMBINGAN SARINGAN LINUS 2.0 LISAN

AYER HITAM – Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran Encik Mohd Faeiz bin Sanusi – Pegawai FasiLINUS PPD Kluang . Kehadiran beliau adalah untuk membimbing saringan LINUS 2.0 yang sedang berlangsung sekarang. Terima kasih juga kepada Cikgu Haslinawaty yang telah dapat menjalankan saringan tersebut yang sepertimana yang ditaklimatkan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan samping memberi bimbingan murid lain didalam menguasai Literasi Bahasa Inggeris dengan baik.

Dikesempatan ini juga beliau sempat untuk memberi sedikit motivasi kepada para pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR nanti. Terima kasih kepada semua guru-guru yang mengajar Tahun 6 , 2017 ini kerana berdasarkan kepada laporan  pencapaian pelajar didalam peperiksaan percubaan tempohari begitu memberangsangkan, ini bermakna keputusan tersebut semakin bertambah baik , diharapkan dapat dikekalkan sehinggalah hari peperiksaan UPSR yang sebenarnya nanti. Semoga jasa bakti beliau diberi rahmat dan keberkatan demi kemajuan anak-anak felda Ayer Hitam.

56 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Written by

Mula menjalankan tugas sebagai guru besar di SK LKTP Ayer Hitam pada 24/3/2015. Membangunkan laman web sekolah selaku ADMIN . Adanya laman web ini membolehkan warga sekolah dan juga masyarakat umum mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah atau berita mengenai pendidikan akan disebarkan dari masa ke semasa untuk tatapan bersama.

Filed under: LINUS · Tags:

Comments are closed.