Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » PENDIDIKAN ISLAM » SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1439H/2017

SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1439H/2017

AYER HITAM – Ma’al Hijrah bermaksud sama-sama pindah. Dari segi istilah bermaksud berpindah dari perkara yang negatif kepada¬† positif dari dari perkara yang positif kepada yang afdhal. Justeru penghayatannya perlu ada dalam rangka membina satu misi perjuangan hidup Islam yang lebih jitu dalam jiwa muslimin dan muslimat warga SK LKTP Ayer Hitam.

Didalam kurikulum Pendidikan Islam terdapat tajuk Hijratul Rasul. Pelajaran yang diajar ini untuk menghayati perjuangan Rasullullah S.A.W dalam peristiwa Hijratur Rasul. Pelbagai motivasi kehidupan dapat diambil untuk dijadikan panduan didalam kehidupan. Ianya menjadi inspirasi dalam menuntut ilmu dan perubahan akhlak supaya kehdiupan menjadi selaras dengan nilai-bilai kehiduupan yang bahagia.

Diantara objektif utama diadakan majlis ini ialah :

  • Pelajar memahami maksud Hijrah yang sebenarnya
  • Mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat
  • Mengambil iktibar dari peristiwa Hijrah

Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis tersebut, terutama sekali kepada Panitia Pendidikan Islam dan juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua Pusat Tahfiz Nurul Muhibbin Kluang iaitu Ustaz Mohd Kamal bin Said yang berkesempatan mengadakan Kuliah Wuduk dan Solat Bersanad.

Terima kasih kepada kumpulan rewang Felda Ayer Hitam yang dapat membantu didalam penyediaan bubur lambur.

50 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Written by

Bermula menyandang jawatan Guru Besar di SK Sejagong Batu Pahat (6 bulan), di SK Pamol ( 2 tahun) dan berpindah di SK LKTP Ayer Hitam bermula 24/3/2015, sebelum ini pernah Membangunkan laman web sekolah selaku ADMIN . Adanya laman web ini membolehkan warga sekolah dan juga masyarakat umum mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah atau berita mengenai pendidikan akan disebarkan dari masa ke semasa untuk tatapan bersama.

Filed under: PENDIDIKAN ISLAM · Tags:

Comments are closed.