Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » PENDIDIKAN ISLAM » KURSUS PENYEMBELIHAN 2017

KURSUS PENYEMBELIHAN 2017

Ayer Hitam – Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”
(Riwayat Ibnu ‘Abbas)

Terlebih dahulu mari kita melihat kepada kepentingan sembelih. Sembelihan dalam Islam bertujuan mematikan haiwan dan menghalalkan dagingnya untuk dimakan. Ini berbeza debgan sembelihan dalam agama lain. Sembelihan mereka juga bertujuan untuk mematikan haiwan tetapi tidak menghalalkan dagingnya. Untuk tujuan ini Panatia Pendidikan Islam SK LKTP Ayer Hitam akan menganjurkan Kursus Penyembelihan menurut Islam yang sebenarnya.Penyertaan ini terbuka secara percuma khusus kepada semua pelajar Tahun 6.Untuk keterangan lanjut makluman berkaitan dengan kursus tersebut ada dicatatkan seperti mana dibawah.

133 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Written by

Sedang Berkhidmat di SK LKTP Ayer Hitam selama 5 tahun

Filed under: PENDIDIKAN ISLAM · Tags:

Comments are closed.