Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » HEM » MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN 2018

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN 2018

KLUANG – Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran Inspektor Roziana binti Abu Bakar dari IPD Bandar Kluang dan Koperal  Hisham dari Balai Polis Seri Lalang, atas kesudian untuk merasmikan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2018. Syabas dan tahniah kepada pelajar yang terpilih sebagai Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Kelas.Pemilihan ini bermakna pelajar ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan di peringkat sekolah dan pihak sekolah yakin dan percaya, mereka dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan,membantu guru-guru didalam menangani apa jua masalah yang berlaku disekolah khususnya yang berkaitan dengan disiplin.. Kepada murid yang lain,haruslah sentiasa memberi kerjasama yang padu dan erat dan patuhilah semua arahan-arahan yang diberikan demi kecemerlangan pendidikan.Berdisiplin sewatu belajar harus dijadikan amalan. Bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Inspektor Roziana dan Kopral Hisham atas kehadiran pada pagi ini, juga ucapan ribuan terima kasih khususnya kepada GPK Hal Ehwal Murid iaitu Cik Nadiah binti Nasir dan semua guru-guru  membolehkan majlis ini berjalan dengan sempurna.

 

52 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Written by

Bermula menyandang jawatan Guru Besar di SK Sejagong Batu Pahat (6 bulan), di SK Pamol ( 2 tahun) dan berpindah di SK LKTP Ayer Hitam bermula 24/3/2015, sebelum ini pernah Membangunkan laman web sekolah selaku ADMIN . Adanya laman web ini membolehkan warga sekolah dan juga masyarakat umum mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah atau berita mengenai pendidikan akan disebarkan dari masa ke semasa untuk tatapan bersama.

Filed under: HEM · Tags:

Comments are closed.