Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » BERITA » MINGGU ANTI DADAH SK LKTP AYER HITAM 2018

MINGGU ANTI DADAH SK LKTP AYER HITAM 2018

AYER HITAM – Dengan bertemakan ” Komuniti Kita Tanggungjawab Kita ” SK LKTP Ayer Hitam, telah melancarkan sambutan minggu anti dadah untuk sesi 2018 ini. Masa kini kita sedang berhadapan dengan gejala dadah yang sangat serius.Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah diperingkat lebih awal perlu diterapkan didalam lapisan komuniti masyarakat.

Selain dari itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid dapat memanafaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang :

  1. Majlis pelancaran
  2. Program cuma 5 minit ( info anti dadah)
  3. Pertandingan mengarang esei
  4. Tayangan video dan ceramah anti dadah
  5. Pertandingan melukis poster tahap 2
  6. Pertandingan mewarna tahap 1
  7. Teka -teki
  8. Hadiah dan majlis penutup

 

Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan Aktiviti Minggu Anti Dadah peringkat sekolah ini.Diharapkan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Terima kasih semua..

 

 

MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2018

MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

50 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Written by

Mula melaporkan diri ke SK LKTP Ayer Hitam pada 19.9.2017

Filed under: BERITA · Tags:

Comments are closed.