Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » Sekapur Sireh

Sekapur Sireh

PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

 

TALIB-THUMNAILAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya kita masih lagi dapat menghirup udara segar dan menikmati kehidupan yang baik pada hari ini. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati oleh  Allah. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan  sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua warga SKLKTPAH . Semoga pada tahun ini semua warga SKLKTPAH  berjaya mengorak langkah ke arah yang lebih positif seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam gelombang 3  yang memfokuskan kepada 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan. Maka segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada warga SKLKTPAH perlu dilaksanakan dan ditunaikan demi kemandirian yang lebih cemerlang dalam menangani pengajaran abad ke-21 ini.

Dalam menjayakan aspirasi negara ini, sesungguhnya kepimpinan yang berkesan, sumbangan idea di luar kotak pemikiran  dan tenaga yang mantap serta kerjasama yang amat jitu amat diperlukan daripada semua warga sekolah ini bagi memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan hasil kejayaan yang cemerlang.  Jadikan segala pahit getir 2015 sebagai madu yang manis dalam menunaikan segala tanggungjawab yang digalas untuk mencapai kecemerlangan yang dihasratkan oleh sekolah.

Warga pendidik sebagai ajen pelaksana dan agen perubahan diharap akan dapat memainkan peranan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab demi memastikan keperibadian anak-anak didik dapat dibentuk mengikut acuan pendidikan negara. Segala inovasi perlu dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengcungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Justeru, nilai-nilai murni pula perlu menjadi amalan harian dalam kehidupan seharian.

Akhir kata, saya percaya usaha yang jitu dan konsisten dalam kalangan warga SKLKTPAH  mampu mencapai satu tujuan dan satu matlamat, iaitu kejayaan yang lebih bermakna sama ada dalam kurikulum, sahsiah dan kokurikulum.

Ikhlas dari saya

(TALIB BIN JEMU)

Guru Besar, SKLKTPAH.

669 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Leave a Reply