Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » Kurikulum

Kurikulum

DEFINISI KURIKULUM

Kurikulum ialah satu reka bentuk rancangan pendidikan yang merangkumi satu pola nilai mengenai peranan pendidikan di sekolah. Dengan erti lain ia adalah suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Matlamat pendidikan di sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang , harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

  • Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid:
  • Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
  • Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah
  • Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian
  • Menguasai kemahiran belajar , Kemahiran berfikir
  • Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
  • Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya
  • Membina daya kepimpinan , daya keyakinan diri , menjaga kecergasan diri
  • Mempunyai pengetahuan , kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar
  • Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal,Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
  • Menguasai kemahiran serta membina minat sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti
  • Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam¬† Al-Quran bagi murid Islam
  • Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia
  • Membina semangat patriotisme , berbakat dan kreativiti

 

 

352 : Telah Melihat 1 : Sedang Online Sekarang

Leave a Reply