Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » Archive

MANUAL LAMAN WEB SEKOLAH

Di sini disertakan manual cara-cara menghantar maklumat atau berita di dalam laman web sekolah. Terima kasih. Manual – klik sini untuk memuat turun. … Read entire article »

Filed under: UMUM

MINGGU ANTI DADAH

MINGGU ANTI DADAH

AYER HITAM – Unit Antidadah SK LKTP Ayer Hitam telah mengadakan minggu antidadah pada bulan Mac 2015. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu antidadah peringkat sekolah diantaranya Pelancaran Minggu Antidadah, pertandingan mewarna tahun 1, pertandingan melukis poster tahap 2, Program 5 minit antidadah. Melalui minggu anti dadah yang dijalankan diperingkat sekolah ini, sekurang-kurang dapat memberi kesedaran kepada para pelajar untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi, perkara perkara yang dilarang oleh pihak kerajaan yang semakin menular dikalangan … Read entire article »

Filed under: BERITA

MENANG 2-0 PADA PERLAWANAN KE 2

MENANG 2-0 PADA PERLAWANAN KE 2

KLUANG – Setelah mengalahkan SRAB pada perlawanan  pagi tadi, sekali lagi SJKT Haji Manan menjadi mangsa kedua oleh pasukan SKLKTPAH dengan kemenangan dan jaringan sebanyak 2-0. … Read entire article »

Filed under: BOLA SEPAK

BOLA SEPAK ZON KLUANG BARAT 2015 (Hari Pertama)

BOLA SEPAK ZON KLUANG BARAT 2015 (Hari Pertama)

SK (L) BANDAR KLUANG – Pasukan bola sepak B12 telah menyertai pertandingan Bola Sepak Zon Kluang Barat 2015. Pasukan SKLKTPAH telah berjaya mengalahkan wakil pasukan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang (SRAB) dengan keputusan 4-0 pagi tadi. Ini merupakan perlawanan pertama dalam pertandingan ini.  Terima kasih kepada NYDP PIBG , Tuan Hj.Jasman yang turut hadir memberi sokongan pada pagi tadi. Diharap pasukan Bola Sepak SKLKTPAH akan terus menang pada perlawanan pada petang ini yang dijangka bermain … Read entire article »

Filed under: BOLA SEPAK

PEMBERITAHUAN WAKTU PERSEKOLAHAN SEMASA (SMS)

KLUANG – Peringatan Waktu Persekolahan Semasa telah dihantar kepada semua ibubapa melalui khidmat perkhidmatan ringkas (SMS). Diharap dengan adanya pemberitahuan ini dapat memastikan ibubapa pelajar mengambil tindakan yang perlu. Waktu pulang sekolah seperti berikut :     HARI TAHAP 1 TAHAP 2 Ahad 12.40 12.40 Isnin 12.40 1.40 Selasa 12.10 1.40 Rabu 12.10 1.40 Khamis 1.10 1.10 * Waktu kelas tambahan Tahun 6 tertakluk kepada guru subjek masing-masing. … Read entire article »

Filed under: UMUM

BENGKEL SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2015

BENGKEL SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2015

 KLUANG – 2 April  2015,Satu bengkel unit sukan PEKDIS telah diadakan di bilik Semarak 1 di Pejabat Pendidikan Kluang. Sukan ini akan diadakan pada 29 hingga 30 April 2015. Ia melibatkan sukan futsal, bowling, badminton dan bola jaring. Sukan ini melibatkan semua daerah di Johor. SK LKTP Ayer Hitam telah diberi tugasan sebagai penyelaras makanan pengadil. Semoga segala program yang dirancang berjalan lancar. … Read entire article »

Filed under: BENGKEL

INGIN MENGAPAI KEJAYAAN

INGIN MENGAPAI KEJAYAAN

FELDA AYER HITAM – Jumaat 4/3/2015, Sememangnya guru bercuti hujung minggu pada hari ini, tetapi semangat inginkan kejayaan didalam pertandingan bola jaring yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi, hari ini,guru-guru SKLKTP Ayer Hitam,telah sanggup mengabaikan semuanya itu. Kesanggupan untuk bekerja lebih masa yang langsung tidak menginginkan ganjaran untuk melatih para pelajar demi untuk kejayaan ini, diharapkan akan membuahkan hasil yang baik didalam pertandingan itu nanti. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan masa rehat … Read entire article »

Filed under: KOKURIKULUM

PERTANDINGAN CATUR BAWAH 12 TAHUN MSSD KLUANG

PERTANDINGAN CATUR BAWAH 12 TAHUN MSSD KLUANG

KLUANG – Pada hari Sabtu 4 April 2015, bertempat di SK Kg Melayu, Kluang akan berlangsung Pertandingan Catur Bawah 12 tahun MSSD Kluang 2015. SKLKTPAH akan menyertai pertandingan ini dengan menghantar 6 orang peserta (4 lelaki & 2 perempuan). Sama-samalah kita berdoa agar pasukan ini akan bertanding dengan bersungguh-sungguh memandangkan ini adalah kali pertama SKLKTPAH menyertai pertandingan ini dan pulang membawa khabar yang menyenangkan hati warga SKLKTPAH semua. Bersama-samalah kita berdoa agar kejayaan akan mengiringi … Read entire article »

Filed under: KOKURIKULUM

PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

KLUANG – Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) akan diguna pakai bagi memudahkan pihak SK LKTP Ayer Hitam menyalurkan maklumat-maklumat penting kepada ibubapa, guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Dengan adanya perkhidmatan tersebut, maklumat akan diterima oleh penerima dengan lebih cepat dan efisien. Diharap dengan adanya perkhidmatan ini, dapat membantu meningkatkan lagi kelancaran pentadbiran sekolah dan juga memudahkan penyampaian maklumat terutama kepada ibubapa. … Read entire article »

Filed under: MAKLUMAN

PERLAWANAN BOLA SEPAK MSSD ZON KLUANG BARAT 2015

PERLAWANAN BOLA SEPAK MSSD ZON KLUANG BARAT 2015

KLUANG – Bermula awal persekolahan sessi 2015, SKLKTPAH telah bersedia dari segi mental dan fizikal yang diterapkan kepada para pelajar yang akan mewakili sekolah didalam perlawanan Bola Sepak MSSD Zon Kluang Timur.Hari yang ditunggu-tunggu kian tiba, sepertimana yang dijadualkan iaitu pada 6.4.2015 sepak mula akan bermula dimana perlawanan tersebut melibatkan 10 buah sekolah yang bertanding, melibatkan 2 kumpulan. Perlawanan yang melibatkan SKLKTPAH adalah seperti berikut : Isnin ( 6.4.2015) (9.10 – 9.55 pagi )   SKLKTPAH vs … Read entire article »

Filed under: BOLA SEPAK