Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » Archive

BENGKEL SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2015

BENGKEL SUKAN PEKDIS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2015

 KLUANG – 2 April  2015,Satu bengkel unit sukan PEKDIS telah diadakan di bilik Semarak 1 di Pejabat Pendidikan Kluang. Sukan ini akan diadakan pada 29 hingga 30 April 2015. Ia melibatkan sukan futsal, bowling, badminton dan bola jaring. Sukan ini melibatkan semua daerah di Johor. SK LKTP Ayer Hitam telah diberi tugasan sebagai penyelaras makanan pengadil. Semoga segala program yang dirancang berjalan lancar. … Read entire article »

Filed under: BENGKEL

INGIN MENGAPAI KEJAYAAN

INGIN MENGAPAI KEJAYAAN

FELDA AYER HITAM – Jumaat 4/3/2015, Sememangnya guru bercuti hujung minggu pada hari ini, tetapi semangat inginkan kejayaan didalam pertandingan bola jaring yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi, hari ini,guru-guru SKLKTP Ayer Hitam,telah sanggup mengabaikan semuanya itu. Kesanggupan untuk bekerja lebih masa yang langsung tidak menginginkan ganjaran untuk melatih para pelajar demi untuk kejayaan ini, diharapkan akan membuahkan hasil yang baik didalam pertandingan itu nanti. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan masa rehat … Read entire article »

Filed under: KOKURIKULUM

PERTANDINGAN CATUR BAWAH 12 TAHUN MSSD KLUANG

PERTANDINGAN CATUR BAWAH 12 TAHUN MSSD KLUANG

KLUANG – Pada hari Sabtu 4 April 2015, bertempat di SK Kg Melayu, Kluang akan berlangsung Pertandingan Catur Bawah 12 tahun MSSD Kluang 2015. SKLKTPAH akan menyertai pertandingan ini dengan menghantar 6 orang peserta (4 lelaki & 2 perempuan). Sama-samalah kita berdoa agar pasukan ini akan bertanding dengan bersungguh-sungguh memandangkan ini adalah kali pertama SKLKTPAH menyertai pertandingan ini dan pulang membawa khabar yang menyenangkan hati warga SKLKTPAH semua. Bersama-samalah kita berdoa agar kejayaan akan mengiringi … Read entire article »

Filed under: KOKURIKULUM

PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

KLUANG – Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) akan diguna pakai bagi memudahkan pihak SK LKTP Ayer Hitam menyalurkan maklumat-maklumat penting kepada ibubapa, guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Dengan adanya perkhidmatan tersebut, maklumat akan diterima oleh penerima dengan lebih cepat dan efisien. Diharap dengan adanya perkhidmatan ini, dapat membantu meningkatkan lagi kelancaran pentadbiran sekolah dan juga memudahkan penyampaian maklumat terutama kepada ibubapa. … Read entire article »

Filed under: MAKLUMAN

PERLAWANAN BOLA SEPAK MSSD ZON KLUANG BARAT 2015

PERLAWANAN BOLA SEPAK MSSD ZON KLUANG BARAT 2015

KLUANG – Bermula awal persekolahan sessi 2015, SKLKTPAH telah bersedia dari segi mental dan fizikal yang diterapkan kepada para pelajar yang akan mewakili sekolah didalam perlawanan Bola Sepak MSSD Zon Kluang Timur.Hari yang ditunggu-tunggu kian tiba, sepertimana yang dijadualkan iaitu pada 6.4.2015 sepak mula akan bermula dimana perlawanan tersebut melibatkan 10 buah sekolah yang bertanding, melibatkan 2 kumpulan. Perlawanan yang melibatkan SKLKTPAH adalah seperti berikut : Isnin ( 6.4.2015) (9.10 – 9.55 pagi )   SKLKTPAH vs … Read entire article »

Filed under: BOLA SEPAK

BINTANG KIAN MENYINAR

BINTANG KIAN MENYINAR

KLUANG – Berkat kerajinan dan ketabahan Cikgu  Reduzuan bin Haron  yang melatih para pelajar bermain bola sepak  di sekolah,  kini telah  melahirkan seorang bintang kecil iaitu Mohd Hanif bin Sulaiman. Pelajar ini  telah mula  mengukir nama dikalangan penduduk dan para pelajar  Felda Ayer Hitam.  Bermula dari mewakili sekolah hingga ke Daerah Kluang di dalam MSSJ , juga mewakili sekolah dipertandingan bola sepak di SK Perani Kota tingggi , Hanif yang berbakat besar itu semakin mendapat … Read entire article »

Filed under: BOLA SEPAK

Taklimat Pengurusan Perakauanan Dan Kewangan Yang Berkesan

Taklimat Pengurusan Perakauanan Dan Kewangan Yang Berkesan

KLUANG – Bertempat di Pejabat Pendidikan Kluang, telah berlangsung Taklimat Pengurusan Perakaunan dan Kewangan yang berkesan. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Nurayuni binti Zinzuraini – Penolong Akauntan, Bahagian Akaun KPM. Sasaran kursus ini untuk pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Daerah Kluang. … Read entire article »

Filed under: KEWANGAN

Maklumat Semasa

Maklumat Semasa

KLUANG – Cikgu-cikgu SK LKTP Ayer Hitam yang dihormati sekalian. Disepanjang tahun 2015 ini banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan yang melibatkan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan juga Kokurikulum. Aktiviti tersebut perlu direkodkan sebagai bahan bukti yang ianya telah berlangsung seperti mana yang dirancang. Sehubungi itu dapatlah sekiranya cikgu-cikgu dapat melaporkan aktiviti-aktiviti tersebut dan diemailkan kepada saya  untuk dimasukan didalam laman web sekolah. Kerjasama cikgu-cikgu diucapkan ribuan terima kasih. Jasamu tetap dikenang. Sila emailkan ke :  talibjemu@hotmail.com.     … Read entire article »

Filed under: BERITA