Articles Comments

LAMAN WEB RASMI SK LKTP AYER HITAM, KLUANG, JOHOR DARUL TA'ZIM » Entries tagged with "KURIKULUM"

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ” MARHABAN YA MARHABAN”

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ” MARHABAN YA MARHABAN”

Ayer Hitam –  Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah SWT untuk umat Islam diseluruh dunia bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketakwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat terawih, tadarus Al-Quran,tazkirah, sedekah dan seumpamanya amat digalakan untuk dilaksanakan. Oleh itu, pelbagai aktivti keagamaan perlu dijalankan sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah. Melalui aktiviti seperti ini akan melatih murid agar dapat berpuasa dan menghayati ibadah puasa dan seterusnya … Read entire article »

Filed under: KURIKULUM

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Berikut dilampirkan surat yang diedarkan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor berkaitan pelaksanaan pentaksiran sekolah. Bermula 4hb Julai 2016 , Sektor Pengurusan Akademik Negeri Johor akan membuat  pemantauan secara bersepadu. Pengarah Pendidikan Negeri Johor  mengharapkan semua sekolah untuk mengemaskini segala dokumen dan amalan yang dilaksanakan berkaitan pentaksiran sekolah. Surat yang dilampirkan dibawah menjelaskan maksud tersebut. Sila download dibawah … Read entire article »

Filed under: KURIKULUM

SESI TAKLIMAT DUAL LANGUAGE PROGRAMME ( DLP)

KLUANG – Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bandar, telah berlangsung sesi taklimat Dual language Programme (DLP) yang dianjurkan oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat ini disampaikan oleh Tn.Hj. Maslan bin Khodari – Penolong PPD Sains & Matematik. Pemilihan ini ditentukan oleh BSM berdasarkan kepada keputusan peperiksaan UPSR ( Bahasa Melayu) dengan  GPS sekolah 1.86. Pihak sekolah digalakan untuk menjalankan DLP. Untuk makluman bersama, di daerah Kluang sehingga kini hanya 2 sekolah yang terlibat  yang menjalankan DLP iaitu   SMK Convent dan Sekolah Tinggi Kluang. Secara keseluruhan sebanyak 32 sekolah di Daerah Kluang yang  layak untuk menjalankan DLP Syarat utama perlaksanaan DLP ialah pencapaian Bahasa Melayu masih dikekalkan. Disamping meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris. Untuk rintis kelas yang terlibat ialah Tahun 1 dan Tahun 4.Tujuannya ialah untuk menyokong peningkatan dan penguasaan Bahasa Inggeris di … Read entire article »

Filed under: KURIKULUM

TAKLIMAT PBPPP PPD KLUANG

KLUANG – Bertempat di Dewan Semarak PPD Kluang telah berlangsung taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP). Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Kluang.  Ucap utama Tn.Hj.Shahrudin Basri bin Ibrahim – PPD Kluang . Diantara ucapan beliau ialah : PGB dimaklumkan mulai tahun 2016 PBPPP akan dilaksanakan sepenuhnya. PBG diingatkan keberadaan di sekolah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang awal. PGB perlu ada sentuhan peribadi dengan seluruh warga sekolah dalam menjalankan tugas harian PGB diingatkan persediaan sekolah bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun perlu ada perancangan awal PGB diingatkan persediaan untuk menghadapi peperiksaan percubaan ditingkatkan selepas cuti sekolah PGB diingatkan pelaksanaan PBPPP adalah untuk memotivasikan guru untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan.     Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep … Read entire article »

Filed under: KURIKULUM

MESYUARAT PENGURUSAN 2016

AYER HITAM –  Alhamdulillah perancangan untuk mengadakan mesyuarat pengurusan 2016 telah dapat dilaksanakan, terima kasih kepada semua guru-guru yang sanggup meluangkan masa selama 3 hari berturut-turut sehingga 31hb Dis 2015 untuk sesi penjualan buku dan alat tulis kepada semua pelajar SK Felda Ayer Hitam, Kluang. Demi untuk meneruskan tugasan yang akan dijalankan pada sesi 2016, sedikit refleksi untuk mengimbau disepanjang tugasan yang dijalankan pada 2015 khusus kepada semua guru dan kakitangan sekolah . Disamping mesyuarat, guru-guru juga didedahkan dengan taklimat yang berkaitan PdP Tahun 6. Terima kasih semua, semoga tahun 2016 ini menjanjikan kecemerlangan sekolah felda …. … Read entire article »

Filed under: MESYUARAT

TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN UPSR 2016

TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN UPSR 2016

KLUANG – Bertempat di di Dewan Seminar PPD Kluang telah berlangsung Taklimat Format Baru USPR kepada guru besar dan guru penolong kanan sekolah-sekolah Daerah Kluang. Sejajar dengan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) maka format peperiksaaan UPSR 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walaubagaimanapun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelum ini. … Read entire article »

Filed under: KURIKULUM

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2015

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2015

KLUANG- Alhamdulillah keputusan UPSR 2015 telah selamat diumumkan pada tepat jam 11.00 pagi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Habibah Bt. Othman. Slip peperiksaan telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar, En. Talib bin Jemu. Berikut keputusan penuh pencapaian UPSR 2015 SK LKTP Ayer Hitam:- 1) Bahasa Melayu Pemahaman =100% 2) Bahasa Melayu  Penulisan = 100% 3) Bahasa Inggeris =85.5% 4) Matematik =98.2% 5) Sains = 90.9 % Peratus keseluruhan lulus pada tahun 2015 ialah  81.82%, manakala GPS 1.94 … Read entire article »

Filed under: KURIKULUM

TAKLIMAT PRASEKOLAH SESI 2016

TAKLIMAT PRASEKOLAH SESI 2016

KLUANG – 17 November 2015. Prasekolah SK LKTP Ayer Hitam telah mengadakan taklimat Prasekolah sesi 2016. Program ini diadakan bertujuan memberi penerangan kepada ibubapa dan penjaga tentang maklumat penting Prasekolah serta program dan aktiviti Prasekolah akan dijalankan pada tahun 2016. Selain itu, pemilihan jawatankuasa badan permuafakatan yang baru bagi sesi 2016 telah dijalankan bagi memilih Pengerusi, Naib Pengerusi serta Ahli. Jawatankuasa dikalangan ibubapa dan penjaga murid Prasekolah. Jawatankuasa ini akan merancang program dan aktiviti yang melibatkan ibubapa … Read entire article »

Filed under: KURIKULUM